Untuk
berjaya, semua perkara perlulah dilakukan secara efisien dan efektif. Efisien
menuntut agar cara dan prosedur dijaga. Sembahyang ada cara dan kaifiatnya, dan
rukun-rukunnya wajib dijaga.
Di
zaman Nabi, ada seorang yang bersembahyang tanpa menyempurnakan rukun-rukun
solat yang dituntut. Baginda lantas bersabda: "Kembalilah bersembahyang
kerana kamu tadinya tidak bersembahyang."
(Nabi ulangi sabdanya 3 kali). (Hadis Muslim)
Sembahyang
'kilat' seperti ini pernah dilakukan oleh seorang yang lain, di hadapan sahabat
Huzaifah ibn Yaman. Orang itu telah bersembahyang seperti itu selama 40 tahun!
Berkata
Huzaifah : "Kamu tidak bersembahyang. Jika kamu mati dengan sembahyang
seperti itu kamu mati bukan dalam agama Muhammad." (Riwayat Bukhari)
Menjaga
rukun adalah baik. Namun keberkesan solat terletak kepada kekhusyukan seseorang
ketika melakukannya.
Imam
Al-Hasan telah berkata : "Setiap sembahyang yang tidak dihadirkan hati
padanya, akan mencepatkan seseorang itu kepada siksaan."
- Khusyuk ada tanda-tanda luarannya.
- Khusyuk mampu mengawal pandangan mata.
Berkata
Muaz bin Jabal : "Barangsiapa yang mengenali orang yang di kanan dan di
kirinya dengan sengaja, ketika melakukan solat, maka tidak ada solat
baginya."
- Khusyuk akan menghidupkan hati dan menenangkan diri.
"Tujuh
perkara di dalam solat adalah dari gangguan syaitan : keluar darah dari hidung,
mengantuk, was-was, menguap, menggaru, berpaling-paling muka dan bermain-main
dengan sesuatu." (Tarmizi)
Khusyuk
menentukan kualiti sembahyang yang sebenarnya. Ganjaran pahala dan kelebihan
juga bergantung padanya.
"Seseorang
yang melakukan solat, tidak akan ditulis seperenam dari solat itu atau
sepersepuluh daripadanya (begitu saja). Hanyasanya dituliskan (ganjaran) bagi
seseorang itu mengikut tumpuan akal yang digunakannya ketika sedang bersolat."
(Abu Daud, An-Nasai & Ibn Hibban)
Khusyuk
terlampau penting bagi seorang Muslim.
Abdul
Wahid bin Zaid telah berkata :
"Telah sepakat ulama bahawa tidak ada bagi seseorang itu apa-apapun
dari solatnya, selain apa yangdipergunakan akal di dalamnya. Lalu pendapat ini
telah
ijmakkan."
(Ihya 'Ulumuddin)
Kekhusyukan
adalah amalan orang yang beriman. Syurga Firdaus Allah janjikan sebagai
ganjaran (surah Mukminun: 1-11).
"Telah
berjayalah orang yang beriman. Mereka itu khusyuk ketika bersembahyang."
(Al-Mukminun: 1-2)
Bila
akal dan hati telah terlatih dengan khusyuk, akan menonjollah kesan positifnya
dalam seluruh kehidupan. Dari situlah kita membina kejayaan.
0 komentar:
Posting Komentar