KHUSYUK



Untuk berjaya, semua perkara perlulah dilakukan secara efisien dan efektif. Efisien menuntut agar cara dan prosedur dijaga. Sembahyang ada cara dan kaifiatnya, dan rukun-rukunnya wajib dijaga.
Di zaman Nabi, ada seorang yang bersembahyang tanpa menyempurnakan rukun-rukun solat yang dituntut. Baginda lantas bersabda: "Kembalilah bersembahyang kerana kamu tadinya tidak bersembahyang."  (Nabi ulangi sabdanya 3 kali). (Hadis Muslim)
Sembahyang 'kilat' seperti ini pernah dilakukan oleh seorang yang lain, di hadapan sahabat Huzaifah ibn Yaman. Orang itu telah bersembahyang seperti itu selama 40 tahun!
Berkata Huzaifah : "Kamu tidak bersembahyang. Jika kamu mati dengan sembahyang seperti itu kamu mati bukan dalam agama Muhammad." (Riwayat Bukhari)
Menjaga rukun adalah baik. Namun keberkesan solat terletak kepada kekhusyukan seseorang ketika melakukannya. 
Imam Al-Hasan telah berkata : "Setiap sembahyang yang tidak dihadirkan hati padanya, akan mencepatkan seseorang itu kepada siksaan."

  • Khusyuk ada tanda-tanda luarannya. 
Nabi pernah melihat seorang yang bermain-main dengan janggutnya ketika bersolat. Baginda terus berkata :  "Adapun orang ini, jika hatinya benar-benar khusyu,  pasti khusyu juga anggota badannya." (Tarmizi & Al-Hakim)
  • Khusyuk mampu mengawal pandangan mata.


Berkata Muaz bin Jabal : "Barangsiapa yang mengenali orang yang di kanan dan di kirinya dengan sengaja, ketika melakukan solat, maka tidak ada solat baginya."

  • Khusyuk akan menghidupkan hati dan menenangkan diri. 

"Tujuh perkara di dalam solat adalah dari gangguan syaitan : keluar darah dari hidung, mengantuk, was-was, menguap, menggaru, berpaling-paling muka dan bermain-main dengan sesuatu." (Tarmizi)

Khusyuk menentukan kualiti sembahyang yang sebenarnya. Ganjaran pahala dan kelebihan juga bergantung padanya.

"Seseorang yang melakukan solat, tidak akan ditulis seperenam dari solat itu atau sepersepuluh daripadanya (begitu saja). Hanyasanya dituliskan (ganjaran) bagi seseorang itu mengikut tumpuan akal yang digunakannya ketika sedang bersolat." (Abu Daud, An-Nasai & Ibn Hibban)

Khusyuk terlampau penting bagi seorang Muslim.

Abdul Wahid bin Zaid telah berkata :  "Telah sepakat ulama bahawa tidak ada bagi seseorang itu apa-apapun dari solatnya, selain apa yangdipergunakan akal di dalamnya. Lalu pendapat ini telah
ijmakkan." (Ihya 'Ulumuddin)

Kekhusyukan adalah amalan orang yang beriman. Syurga Firdaus Allah janjikan sebagai ganjaran (surah Mukminun: 1-11).

"Telah berjayalah orang yang beriman. Mereka itu khusyuk ketika bersembahyang." (Al-Mukminun: 1-2)

Bila akal dan hati telah terlatih dengan khusyuk, akan menonjollah kesan positifnya dalam seluruh kehidupan. Dari situlah kita membina kejayaan.

0 komentar:

Posting Komentar